HOME STUFF Giveaways

Produk yang dabommmmmmmmm!!!!

Salam cupcake semua...


Hai semua yang duduk di selatan, utara, timur, barat asia, mai sini. Che nak habaq satu produk yang dabomm. Yang tiada tandingan. Boleh menukarkan wajah yang berjeragat, kusam dan sun burt. Nama produk ni ' PHOTO MAKEUP EDITOR.' Kehabatannya tiada tandingan. Tidak boleh dilawan oleh mana-mana produk kecantikan yang lain. Hahaha.. Tadi, Lisa ada download Photo Makeup Editor, sebab dekat dalam kelas Lisa, semuanya heboh tentang software ni. So, Lisa pun cuba-cuba lah guna software ni. Memang tidak disangka memang hebat. Sapa-sapa sini yang nak jadi customers Lisa. Mai beratur dekat sini. 

Kepada Encik google. Lisa ciluk gambar ni untuk dieditkan. Nanti Lisa creadit ya!




( BEFORE )                                                                                              (AFTER )



Ha... ni customer pertama Lisa. Dia ni ada masalah kulit kusam. *Ceh, macam aku yang jadi promoter. 
So, Lisa bagi di ni pakai Skin Care jenama PME. hahah... so. Nampak tak muka dia tu yang cerah lagi berseri tu lepas guna. Bhaha.. 




TESTIMONI KEDUA: JERAGAT

(Before Using PME)


EI,,, buruknya muka. Berjeragat sini, sana. Mai kita buat facial sikit. Hahaha... 




Jeng, Jeng, jeng........... HAh ni lah dia. HAsil sentuhan Lisa. Hhahaa..


                                                       (After Using PME)



Hah!!! Amacam. Ada rupa macam barbie doll tak muka dia ni. HAha.. Mak Ai.. cantiknya, cutenya dia, cemburu den. Nak juga muka macam tu. So, macam mana, nak tempah x perkhidmatan PHOTO MAKEUP EDITOR ni? XD hahaha.... 

Kalau nak download software ni. Boleh download dekat SINI.

Bersyukur muka Lisa tak ada masalah macam tu lagi. Hahaha \\ko baru jer darjah 6. Mana ada masalah tu lagi -_-// Hahaha.. Oklah Situ jer. BTW, Assalamualaikum.

Arghh!!! Alergik menyerang!!!!


Salam cupcake semua..



        Wa........ Alergik kah Lisa? Yang pasti memang Lisa tak pasti. Tetiba je Lisa diserang kegatalan pada kulit badan yang amat sangat. Satu badan hingga ke leher naik. Muka je tak nampak, tapi gatalnya masih terasa. Gatalnya hanya Allah yang tahu..

        Semalam, Lisa diserang penyakit alergik yang tidak Lisa ketahui bila kemujudannya bermahajelela di badan Lisa ni. Ntah bila Lisa ngidap alergik ni Lisa tak tahu. Petang tu Lisa makan sosej ayam \\Lisa anti daging ok..//  Malam pulak Lisa belasah 3 bungkus maggi kari. \\ambik ko//  Ni yang Lisa pelik, sejak bila Lisa alergik makan semua benda ni. Seingat Lisalah, Lisa tak pernah kena alergik selama Lisa hidup. 

        Pertama kali Lisa kena, nenek Lisa suruh bertangkas dengan sabut kelapa. Macam hantu pocong pun ada cuma kali ini berpocong batik. Bhahaha.. Wei,,, naik lemas lubang hidung Lisa bau asap. Rupa alergik Lisa ni mula-mula naik bintik-bintik merah yang halussssssssssss saja. Tapi gatalnya mak ai.. macam nak pengsan nak garu. Bintik-bintik tu akan membesar dan bercantum jadi lebar, bengkak, gatal , miang dan macam-macam rasa lagi. 

        Semalam pukul 3 pagi Lisa bangun. Alergik menyerang, masa ni lah dia nak naik. Ganggu privasi je nak tido. As fast as ligtning, Lisa ambik sikat. Satu badan Lisa sikat kecuali rambut. Pagi ni , Lisa pergi klinik. Sedaya upaya Lisa merayu dekat doktor tak nak kena injection. Terjadilah perang dunia ke empat belas antara Lisa dengan doktor pompuan tu. Lisa mintak pil aja, tapi doktor kata kesannya lambat. 

        Doktor tu kata, "Saya cucuk tak sakit" . Dengan muka yang manis macam gula doktor tu cakap. Lisa, dengan muka masam macam cuka merelakan lepas mama Lisa pujuk. Hoi,, korang ingat tak sakit ke kena injection. Sakit oii,... Balik rumah Lisa terus tido... Haha.. Lisa baru bangun sebenarnya. Nasib baik off. Hehe..

Sampai sini saja Lisa membebel. Thank you sudi layan bebelan Lisa yang panjang berjela ni.. Assalamualaikum. Peace