HOME STUFF Giveaways

Segmen Blogwalking By Miss Kepeng



Ohayooo everyone 🌷



Alhamdulillahh, Lisa sempat juga nak join segmen kali ini. Maaf, Lisa tengah demam. so tak dapat nak membebel panjang.  sebelum tuu Lisa di tag oleh dua hakak lawo ini.

1) CIKYAN! Sis ini sangat baik. Ini bukan sesi review ya. Doakan jodoh sis ni untuk datang dengan cepat. Kalau boleh Lisa pun nak pergi kenduri cikyan jugak nanti. Nak meja vip. yang nak ushar sis ni pun boleh.  haha oke cikyan sorry. ampun. hehehheeh 
2) Sis Azah! kalau cikyan boleh la sekmu nak ushar. yang ni jangan berani nak ushar. sebabnyaa, sis nk dah kahwin. ya ya . tahniahh sis! hakak lawo dah kawin, lisa terharuu haha*ape kene mengene dengan kau pulak -_-* semoga bahagia di samping suami terchenta πŸ’•
Kepada sis berdua, terima kasih kerana sudi tag lisa yang cenonet ini. dan kepada penganjur, Miss kepeng? Lisa mintak maaf kalau tak sempat nak Blogwalking semuaa peserta. sebab nya budak spm ni dah kena balik asrama esok! huwaaa lepas sebulan bercuti operate. Kaki lisa dah ok. cuma kesan operate aja tinggal. so kena balik sekolah. Nak spm kan. tsk tsk.

Yang lain, do join me in this segmen! Miss Kepeng lawoo tahu. hahahha ada ig tak? Tetiba rasa nak follow Miss kepeng ni. teruskan support segmen Miss kepeng! meh join meh. pakat join lake! dan doakan Lisa cepat sembuh juga ya :) Assalamualaikum.

haa lupaaa. Lisa tag : sis farhana , sis Ee , Sis Zakiah 

ok. Dooneee. diharap semua hakak lawo ni dapat join juga ya :)

Segmen Blogwalking By Cikyan

ohayooo everyone 🌷

do join me by clicking on this banner! 

Alhamdulillahh. bersyukur ke atas nikmat Ilahi, kita semua dapat berkumpul bersama-sama di dalam entry lisa kali ini. *baca dalam nada doa masa time sekolah rendah dulu-dulu* haha setelah sekian lama lisa menyepi, lama ke? dua hari kot. Ada yang tanya tak? *eh perah santan punya budak*

Actually, Lisa tengah demam ni haa. Dua hari heavy fever. Harini dah elok sikit. Dah rasa boleh bangun ni, terus aja lisa berblogging. Tengok comments yang ada, then Lisa tertarik dengan segmen cikyan ini! haha . Jadi, tanpa melengahkan masa, Lisa mengisytiharkan, Maryam Nurkhalisah bt Nor Hamli telah mengikuti segmen Blogwalking By Cikyan!

Untuk syaratnya, Lisa dah follow dah cikyan dari start giveaway cikyan tuu. Tapi Lisa mintak maaf kalau tak sempat nak follow blogger lain. Sebabnya, Lisa dah kena masuk asrama esok! Huwaaaa. nanti tak tahu lagi bila boleh jejak kan ke alam blog ni. Nanti lisa rindu cikyan eh? hahahaha jangan fikir pelik ok. Lisa straight lagi. Hoho

Jadi, yang lain. Silalah join juga. Hah, ajakk la makcik - pakcik join. Kalau diorang takde blog, meh Lisa tolong buat blog untuk mereka. Nak nye suruh join sekali segmen cikyan ni. Maaf, lisa tak boleh na membebel panjang, sakit kepalooo.  Till then, Assalamualaikum semua :)

PENCARIAN BLOGLIST 2018


ohayooo everyone 🌷

maaf. skill modal tak ada gambar. me yang paling pendek HAHAHA

selamat malam wahai bloggers sekalian yang cantik lagi gojes. kalau lelaki, yang hensem lagi bergaya. kalau dalam bahasa Terengganu. sek mu yang semak lagi lawo sekalian. guane tu? sihat dok lake? hahahha maaf kite cakak ganu sikek malam ni.

ok. dah stop. cut! simpan semua bahasa Terengganu kau tu Lisa. Akak abang blogger ni bukan semua nya orang Terengganu. haha. maaf, Lisa merapu di atas tu. abaikan.

Macam ni sebenarnya, Lisa diajak untuk join pencarian bloglist by Sis Azah Rahaman. Eh siapa tu? Haaa yang tak kenal, tuu boleh tekan dekat nama sis tu. Haa pergilah ushar blog sis ni. Lawaa nih. Stok-stok hakak lawa gituu. Haha. Blog sis ni pon lawa. Sis ni mintak reviewkan blognya. Lisa ni bab review ni suka ni. haha okee izinkan hamba yang setinggi 143cm meng'review' ya sis! maka inilah rupa blog sis kita nih :

http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html
cikyan! pinjam gambar tauu. Mintak izin. Nah muahh sikit. Lisa malas nak snap. Haha
click on the picture untuk pergi ke blog sis azah :) 

Seperti yang anda lihat didalam blog sis ini, header nya kelihatan di atas sekali *apa yang ko merepek ni* haha memang la header dekat atas. kalau takde header. kire blog macam tak siap. header sis ni dah cantik! wahh!  kiut, ada doodle lagi. header ni penting tahu untuk blog kita. kalau tak ada header, ibarat rumah tanpa bumbung, kapal tanpa layar. awak tanpa saya. eh?
theme pun cantikkk. pink! haha walaupun lisa tak berapa suka pink. tapi pink sis ni nice. tak macam over gituu. *habis blog kau ni pink semacam aje* ape? tangan lisa ni gatal sangat nak warna pink. konon nampak blog kiut. hahaha acah sangat. nak banding blog lisa dengan sis azah ni. macam langit dengan bumi. 
Loading blog sis pun cepat aje. Almaklumla, Lisa ni guna data aja. takde wifi. jadi tahap loading blog amat amat Lisa titik beratkan. Terima kasih kepada blog sis azah yang loading cepat dan tak makan kuota internet Lisa dengan banyak. Tahniah! 
kesimpulannya, Blog sis lawa ah. ade bunga-bunga gitu. Lisa punya simple aje. Tsk. tsk. nasib la budak spm mana sempat nak edit blog ni. Duduk asrama pulak. huhu. berhabuk la blog ni nanti. Followers pun . mak aii, banyak! haha ok sis, jangan tengok Lisa punya. tutup dekat skrin tu. Malu ambe. Lisa tak tahu nak review apa lagi. kerdil tetiba rasa. haha. 

well then. itu aja review yang lisa boleh simpulkan. bagi yang tak tahu apa itu bloglist, bloglist ni macam kuih onde-onde gituu. sejenis kuih tradisional. kenal tak? or in other word, we call them kuih melaka. haha oke tipu. bloglist ni maksudnya, awak semua letak blog orang lain di blog awak. kire macam tolong iklankan blog orang lain gitu. ataupun awak admire dengan blog seseorang tu. Then nak orang lain tahu kewujudan blog tu jugak. Haa lebih kurang macam tu la.

Sampai disini sahaja. Sekian. Do join me on this pencarian bloglist by sis Azah Rahaman! By the way, Lisa dah letak blog sis Azah dalam bloglist Lisa . oh lupa, dengan cikyan sekali Lisa letak hoho :)

Mak aih! Macam mana tak tergoda dengan Gel Amani?!

Ohayoo everyone🌷
KEPADA PARA ATLET, YANG PERNAH ACCIDENT DAN KEPADA INSAN YANG RASA NAK GUNA KAKI SAMPAI KE TUA. THIS POST IS IMPORTANT FOR YOU!



Ya, awak tuu yang baca. Ha awak la, tengok tepi tu kenapa? haha. Iyaaa, harini Lisa akan bagitahu satu secret. Haaa, mai duduk rapat sikit. Ni teruja tahap nak terjun bangunan tahu. Oke, straight to the point. Actually, bulan lepas Lisa baru aje settle menghadapi satu operation. 

What? Operate?! haaaa gerun tak gerun? Bukan operate mengandung ni. Haha Lisa baru 17 tahun ok. Jangan fikir mengarut. So, puncanya sebab. For those years, Lisa sangat active bersukan. Sangat ok. Omputih cakap. Very active. Cakap je sukan apa? dekat mana? pukul berapa? Terus Lisa on. Badminton? Bungee jumping? Futsal? Pingpong? Taekwondo? Silat? Bola jaring? Bola baling? Bola tampar? Haaa semua la. semua. Monopoly pun Lisa main. Haha. *memain ko ye* 

Maka bermulalah episod duka serta lara di dalam hidupku ini. For 5 years, Lisa mengalami sakit lutut. Uhuk. macam orang berumur. haha. Lisa ingat sakit lutut tu beshe-beshe je. Tapi, bila dah teruk sangat, sampai tak boleh bengkok kaki 90°. Kadang-kadang sampai lebam. Nak solat sakit. Nak tidur sakit. Berdiri lama sakit. Kadang tu nak naik tangga tu, ya ampunnnn rasa macam tengah daki gunung Kinabalu,Cameron  Highlands, Everest bagai tahu. 

So at the end, Lisa pergi jumpa doc pakar ortho. Baru lah Lisa tahu yang sebenarnya Lisa ada masalah ACL ligament teared and meniscus injured. Cecair dekat lutut Lisa dah kering. Tu pasal sakit. Hoho. So, doc cadang buat operation. Maka berlangsunglah dengan jayanya operate lutut pada 6/12/2017. Jadi, lepas operation ingat kan dah baik lutut tu. Tapi, sakit woo. Sama aje. 

so this is me after operation.

Lepas balik rumah, Lisa godek-godek laa cari produk nak kurangkan sakit lutut Lisa. Maka berjumpalah dengan GEL AMANI yang magical kebabomm ni. percaya tak? Lepas sebulan operate, Lisa dah boleh ikut berlari merentas desa peringkat sekolah menengah wuiii. hahhahaha happy tak happy tu. So, kepada yang membaca ni, ada tak yang awak semua kenal, mengalami masalah ini: 

Rasa Sakit Di Bahagian Lutut Hingga Terpaksa Solat Menggunakan Kerusi
Rasa Sakit Di Bahagian Lutut Ketika Hendak Bangun Dari Duduk
Urat Terasa Tegang Di Bahagian Pelipat Belakang Lutut Ketika Hendak Bergerak
Rasa Sakit Di Bahagian Lutut Apabila Berjalan Jauh
Kaki Sukar Untuk Dibengkokkan Atau Diluruskan
Lutut Sakit Ketika Bergerak Hingga sukar bergerak

Ada tak? Kalau ada, jeng jeng jeng! Let me introduce you to my only hero! GEL AMANI! 


and the pati jus Amani


So these two products had save my life! Lisa muda lagi. baru 17 tahun. Lamaaaa lagi Lisa nak guna kaki ni. dan Alhamdulillah. Lisa dah jumpa penyelesaian. Kepada yang ada masalah yang sama. Nak tengok testimoni-testimoni yang berjaya lagi menjulang cemerlang lagi. atau rasa nak beli ke berminat ke atau nak tahu lebih lanjut. Sila contact parents Lisa. 

Boleh whatsapp ke no ini.
01125684440 atau kalau nak nak call direct, boleh guna no 0163790729.  -Puan.Norilah- 
Beribuu lagi testimoni para ATLET yang dah pulih kembali dengan gel amani ni. Kepada yang rasa nak buat umrah pun, boleh guna Gel Amani. Amat Amat digalakkkan. Lisa sangat recommend this product! Nanti Lisa buat review for this product in the next entry. 

ratings: 9/10 




GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ

                          

ohayoo everyone 🌷

click on the banner to join! 

tadi scroll scroll google. eh? macam pelik je ayat. haha. so I found this lovely Giveaway! uyeayyy. the owner pula macam yang Lisa pernah nampak. rupanya pernah ketemu di Instagram. tapi, baru di follow la tadi. dulu ushar ushar je, Instagram walking.  so then, odea pun dah kering. tak tahu nak membebel apa lagi ni. yang belum join tu, meh la join. 

Lisa berkenan sangat dengan a set of makeup brush tu. bab bab menconteng muka ni memang excited! tapi disebabkan student lagi, so Lisa mengehadkan makeup ni. iyoola, time high school student ni laa nak perasan natural beauty. haha dah nak U nanti, takde dah nature beauty mana ni haaa. stress sana, stress sini. tapi, konsep natural tu still akan ku kekal kan. 

Maybe, ada link youtube untuk makeup natural yang hangpa semua suka? atau everyday makeup look yang korang guna? boleh laa nak share sini ✌  oh kejap, membebel aje kerja. lupa nak inform hadiahh
  
  • RM 10 topup to 2 person
  • Notebook with Doodle Cover by her for 2 person
  • A set  of Makeup Brush (7 brush in it) for 1 person

so, that's all. thanks for reading. Do join me on this Lovely Giveaway!

tarikh tutup: 31 January 2018

Mek Zumbie 2k18 giveaway

 Ohayooo everyone!
klik banner untuk join jugakk

 Nampak tak banner yang eye-catching. suka suka. vintage + colourful gituu. Jadi tanpa melengahkan masa. Meh pakat join meh. seriously, hadiahh semuaa nyaa umphhh. ramai sangat dah pilih novel. Lisa rasa tak mahu berebut dengan orang lainn. Takpelah, yang muda kena bagi laluan kepada para bloggers seniorr. So as a teenager, Lisa pilih beg ni. Hoho. Sebab apa? Sebab beg lama Lisa kena curikk mak oiii. Orang pergi MAPS nak bercuti bermain bersuka ria. Hang pi curi beg aku iyeee. Haihh redho jela. Dah takde rezeki. Takat tu je. Tak mahuu cakap banyak. Yang baca tu, silalah join sekaki sehati sejiwa. 🌷


email : maryamnurkhalisah.lisa@gmail.com

giveaway #1 new year 2018 by cikyan

Ohayoo everyone 🌷

klik banner untuk join 

Another GA! Hoho. Whyyy? Whyy time aku nak spm tahun ni banyakk sangat GA best best ni T_T Semoga rezeki tahun spm ni ada. Aminnn. Kepada akak yang menganjurkan GA ni. Saya mintak maaf kalau lambat update nanti. Almaklumlaaa duduk asrama ni. Dalam hutan. Agak ada line ke?πŸ˜‚ 


For the rules, sangat2 simple. Dan saya dah ikut semua nya. cuma tinggal kene review sikit blog akak ni. Erm, bab ni I lemahh sikit ni. Blog pun tak cantik mana. Nak edit pon tunggu kene pergi lab dekat asrama. tu pun makan proses yang laamaaaaa ya amat. Ok, cut. Lisa mintak izin nak review sikit ya sisπŸ’•

First thing first, apa yang lisa biasa akan perhatikan once bila masuk blog orang ialah Header!. Hoho. Biasa lisa akan tengok tajuk apa? theme apa? So berdasarkan header Lisa boleh detect blogger tu macam mana. *Amboiii macam ahli nujum* hahaha bukanlah. Tu dari pandangan Lisa. So kepada akak yan? Eh ke cikyan?  Lisa hanya berkongsikan tips yang blogger lain pernah ajar jeeee. Huhu.

Header cikyan dah cantik. simple camtuu. suka yang simple sebab tak berat mata memandang. cumanya, Lisa lebih berkenan dengan header yang transparent + bersambung dengan blog. Tapi, yang tu pon dahh okee jeee. 🌷

widgets pon dah ok. Jangan letak banyak-banyak sebab nanti boleh loading lambat. Letak yang perlu ajaaa. Lagu ke apa ke tak payah. Sebab kengkadang Lisa tak bukak pon sound dekat lappy. hoho. Letak yang penting +perlu sahaja.

Theme pon dah lawa. Hijauu camtuu. sejukk jah duodenum ku memandang. Haha. tapi tapi kan cikyan. Adik Lisa cadangkan cikyan buat pages dalam blog tu. Supaya senang blogger lain nak mengusharr blog cikyan ni. Ada home, stuff, about me, etc. Macam jenis lisa ni, Lisa suka godek godek blog orang baca entry dulu dulu. kalau nak tengok dekat archive bar, malas laa pula. Boleh rujuk TUTO ni kalau nak buat pages. 

Okeee itu sahaja. sekian daripada dakuu yang kecik 143 cm ini. dan azam tahun baru lisa pada tahun 2018 ini ialah of course nak dapat straighttt A's dalam spm tahun ini. semoga jadi lebih cantik. hahahahha lebih kiut. upss lebih bijak aminn. dann lebih solehah in syaa allah serta lebih menjaga Al-Quran. semoga GA cikyan mendapat sambutannnn. Gambatte! 


Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.

 ohayoo everyone🌷

klik banner untuk join

Since that I have mc for 9 days. I am sooooo bored, everyday being a cough potato πŸ˜‚ Jadi, why not manfaatkan masa join Giveaway ni semua kan? kan? Apa tuu orang cakap. The more the merrier. Haaa gituuu *kurang asam tak sedar diri nak spm* Hahahahah dahh dapat cuti kita cuti laaa. huhu So today, I join giveaway yang sangat simple but hadiah nyaa masyaallah. tersenget tudung aku ni haaa. huhu ada rezeki, ada laa kan. kalau takde, I redhoo sahaja. 

So the rules are simple and the third one is : 
TULIS SEBUAH CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN 'LIMITED EDITION' ATAU 'SPECIAL EDITION' ATAU 'EDISI TERHAD' ATAU 'EDISI ISTIMEWA'.

Haha. kalau ada orang perasan, gambar ni dah dua kali diuploadkan dalam blog Lisa ni. Hoho Nampak tak betapa istimewaa nyaaa, limited edition nya 'hadiah' yang Lisa dapat tu. Again, me yang kiri dalam gambar. tuu tuu pakai jubah tu. Ok, ceritanya macam ni.

For almost 4 years, I have been struggled to achieve this level. Everyday oke. Every day. Selama 4 tahun ni, Lisa terpaksa harungi demi memegang title 'hafizah' alhamdulillahh. sekarang bila tengok balik sijil tu. rasa nak menangis , sujud syukur semuaa lah. Bayangkan, Lisa dulu pernah putus asa tahu tak. menangiss aja kerjanya. Harini hafal, esok lusa dah lupa. Hafal balik. Lupa balik. kena tawaf satu sekolah, pakai tag besorr daripada kadbod, siap kena junjung Al-Quran. Ada sampai kena jalan itik keliling surau. Duduk separuhh pon ada TvT 

 Tapi, itulah yang dipanggil pengorbanan. Benda yang Limited edition ni, memang susah pun nak dapatkan. Namepon limited edition, yedokk? Bukan semua orang boleh dapat title dgn hadiah 'limited editon'. Kalau nak dibandingkan dengan iphone X dengan Hadiah yang Lisa dapat ni. memang Lisa bersyukurr yang amat. sekurang-kurangnya Lisa dah pilih yang akhirat. I berpegang pada hadis : 
       Jika kamu memilih dunia, maka kamu akan dapat dunia sahaja. jika kamu memilih akhirat, maka kamu akan dapat kedua dua nya. 

Tapiii, haa ada tapiπŸ˜‚ As a teenager, terliurr jugak la tengok iphone  ke tudung Aidijuma ke tuu. Tipuu la kalau takde naluri tu. Ingat ai nii label ustajah sangat ke? I pun pakai shawl, palazo, flared semua tuu. hahahah tak salah nak berfesyen. asal tahu batas nyaa. Ok? Jadilah muslimah yang baik dan menutup aurat walaupun bergaya. Hoho. Spread the dakwah✌ 

Rasanya, tu je Lisa nak ceritakan tentang limited edition untuk GA ni. Bagi yang nak joinnn tuu. sempat lagi nak join nyaa. klik dekat banner okee. babaii. assalamualaikum.🌷


New Year Giveaway whoot whotttt





Ohayooo everyone. I comeback with this new year giveaway! sesiapa yang nak join. meh join cepat cepat. Hadiahh menarikk tahuuu. Aloevera Nature Republic. Hoho. I am very excited with beauty things. kalau melebihi 110 participants sis ni nak bagi Shaklee πŸŽ‰πŸŽ‰ jadi mari ramai ramaii kitaaa joinnn. just click on the banner to join.

 By the way, menjelang tahun baru ni ; happy new year everybody! yang mana sedih sedih tu, kena tinggal boyfriend ke, duit melayang sbb shopping ke, azam nak kurus tapi tak kurus kurus ke? eh? hahahhaa dahh dah. yang sedih tolak tahun lepas. Ni tahun baru. azam baru.

 I would like to highlight here, sesiapa yang ada azam tuu. cuba penuhkan dengan bersungguh! yang nak cantik, jadilah cantik dengan jayanya. yang nak kurus, kuruskan badan anda dengan meng'on'kan misi diet anda. Yang nak putih tu, tolong jangan nak cucuk botox pulaπŸ˜‚ haha. apepon, silalah bersyukurr di atas kurniaan-Nya.

Alhamdulillah, my azam tahun lepas dah tercapai huhu. dan ianya dah jadi satu memory yang memang tak boleh dilupakan pada tahun 2k17. So, this is my favourite picture from past year.

me yang kiri.

Uyeayyyyyy πŸ’ƒ I finally graduated. bukan graduated untuk habis belajar. Hoho. i am still a spm candidate this year. such a tough year I guess.But I officially graduated as a hafizah in SM imtiaz kemamanπŸŽ‰ alhamdulillahh. This is my favourite picture on my favourite day with my favourite senior. berapa banyak favourite daa. Being a hafizah, is not easy as makan cendol or put a mask on your face. But, in syaa allah I will protect my Al-Quran dengan seluruh jiwa raga duodenum aku ni🌷