JADILAH INSAN YANG POSITIF
DALAM kehidupan ini, terlalu banyak ranjau dan
duri yang perlu kita tempuhi.kesabaran dan ketabahan hati amat penting untuk
kita melangkah melalui esok dan hari-hari mendatang.
Tidak
semua insan dilahirkan bernasib baik, berwajah cantik, hidup dalam kemewahan
atau hebat dalam pelajaran. Jadi jalan dan cara terbaik ialah hidup sederhana
dalam apa jua perkaradan jadikan hidup ini lebih bermakna.
Setiap
pagi, apabila bangun dari tidur (sebaiknya sebelum subuh), cuba hirup udara
segar. Tarik nafas perlahan-lahan dan bagi rangsangan positif kepada diri.
Berkatalah bahawa anda amat bertuah dan bangga dengan diri anda, anda cantik
dan mempunyai kelebihan tersendiri. Usah berfikir yang anda tidak boleh
berjaya. Sebaliknya fikirlah yang anda seorang yang cekal, tidak mudah berputus
asa dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran mahupun dalam
kehidupan seharian.
Seelok-eloknya
berkata-katalah di hadapan cermin, lihat ke dalam diri dengan penuh kasih
sayang. Nyatakan segala yang baik tentang diri anda. Jangan sekali-kali,
membandingkan diri dengan orang lain tau ingin menjadi orang lain. Jika anda
lemah dalam sesuatu bidang atau matapelajaran mintalah bantuan orang yang mahir
dengan bidang itu. Jangan berdiam diri seperti anda tahu segala-galanya.
Amalkan
perkara ini setiap hari walaupun di rumah atau di sekolah. Insya-Allah akan
dapat mrasakan rangsangan semula jadi yang menakjubkan.
Saya
sentiasa melakukan perkara ini setiap pagi, Alhamdulillah hasilnya
membanggakan. Dahulu saya pesimis, sentiasa memikirkan kekurangan diri,sentiasa
memikirkan kekurangan diri dan saya sombong dalam mencari ilmu. Akhirnya saya
yang rugi kerana sentiasa rasa rendah diri, sombong dan tidak percaya kemampuan
sendiri. Selepas mengamalkan petua ini selama dua tahun, kini saya lebih yakin
untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.
Sedarilah
Allah mencipta setiap makhluk dengan begitu istimewa. Setiap insan pasti ada
buruk baik dan keistimewaan tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan
hargailah diri anda.
No comments:
Post a Comment
I'm looking forward for your comment. Thanks :)