//sweet diary
HOME
STUFF
Giveaways
8 kunci penting mengikat persahabatan3
Sahabat memang memiliki erti khusus tersendiri dalam hati setiap orang. Kehadirannya yang tidak hanya mengisi hari-hari bahaia anda. Tetapi juga hari-hari di mana anda dalam frasa kemurungan dan kesedihan. Kehadiran sahabat itu umpama setitis air di padang pasir.
Tapi umumnya,dua orang yang berbeza sudah pasti memiliki pendirian dan cara berfikir yang berbeza juga, menyebabkan kadang-kadang membina dan epertahankan persahabatan memang tidak semudah yang disangka. Tapi bukan bererti anda tidak perlu berusaha untuk mempertahankan persahabatan yang selama ini sudah terjalinkan?
Pada hari ini, saya mahu berkongsi beberapa kunci yang harus dipegang selalu dalam hubungan persahabatan yang sihat. Beberapa mungkin anda sudah praktikkan baik-baik selama ini, tapi siapa tahu sisanya memang belum pernah terfikir oleh anda.. kunci-kunci yang harus dipegang dalam persahabatan ialah:
1)
Bersikap terbuka adalah satu landasan penting yang harus dikuasai oleh anda. Bagaimana mungkin anda boleh membina persahabatan yang sihat bila dalam hati menyimpan rasa dendam dan bersalah? Selesaikan masalah yang mengganjal hubungan persahabatan anda dengan terbuka. Jangan lupa pilih waktu yang tepat untuk membincangkannya.
2)
Layanlah sahabat anda sebagaimana anda ingin diperlakukan olehnya. Jadi ketika anda memerlukan dia di saat andadalam kedukaan, lakukanlah perkara itu lebih dulu padanya.
3)
Tidak ada manusia yang sempurna. Menerima kekurangan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik. Tapi bukan bererti anda tidak boleh mencuba membantunya memperbaiki kekurangan dan sebaliknya, anda juga harus boleh menerima kritik membangun. (faham x?)
4)
Hargai pendapat satu sama lain. Beza pendapat itu wajar, tinggal bagaimana mengkompromikannya dengan baik.
5)
Sahabat bukanlah orang yang mendampingi anda selama 24 jam dan 7 hari seminggu. Perlakuan ini seperti anda sedang menggenggam pasir dalam tangan. Jangan sesekali terfikir untuk membuatnya selalu ada untuk anda. Dia juga ada kehidupan sendiri. Jadi jangan terus merasa tersinggung atau terpinggir ketika dia sedang sibuk dengan keluarga (bagi yang sudah kahwin) ataupun dengan teman-teman yang lain.
6)
Komunikasi. Bunyinya sangat klise kan? Memang. Tapi yang satu ini memang sangat penting. Komunikasi di sini bermaksud anda menegur kawan dengan cara yang berhemah supaya dia tidak tersalah faham dengan teguran anda. Kuncinya ialah cara anda mengkomunikasikan maksud baik tersebut. Ibarat sebiji belian yang dibungkus karung sampah. Isinya tetap sebuah belian. Agar lebih baik, anda harus mengganti kemasan karung sampahnya dengan sebuah kotak yang menari. Itu dia!
7)
Seiring berjalannya persahabatan anda, belajar mengenali satu sama lain akan membuat hubungan jadi lebih sihat, selain tentunya ia sangat baikuntuk perkembangan anda. Contoh sederhananya saja, jika anda pada mulanya selalu lambat jika berjanji, kini kebiasaan ini terkikis perlahan-lahanm kerana sahabat anda itu akan selalu membebel malah memastikan anda tidak akan mengulangi kebiasaan buruk tersebut. Demikian sebaliknya, kebiasaan teman anda untuk mencurahkan isi hatinya kepada sesiapa sahaja tidak lagi diamalkan kerana dia suadah ada anda sebagai sahabatnya untuk bercerita.
8)
Jangan biarkan persahabatan retak kerana hadirnya lelaki. Tidak rela kan membiarkan persahabatn yang terjalin selama beberapa tahun bubar hanya kerana anda dan sahabat ‘berebutkan’ lelaki yang sama.
No comments:
Post a Comment
I'm looking forward for your comment. Thanks :)
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
I'm looking forward for your comment. Thanks :)