HOME STUFF WHOM?TEMPAHAN Giveaways

pergi temuduga~♥


Anneonghaseyo you all~♥
 AMARAN! ENTRY INI MUNGKIN SEDIKIT KOT PANJANG!!


Hai korang!! Hihihi.. lama Lisa menghilang kan?? Benornya, tak hilang pun, just busy dengan temuduga. First of all, Lisa nak mintak maaf sebab tak sempat lagi nak update senarai peserta First Simple Giveaway by Lisa tu. Sorry sangat-ii >_< . Nanti, lepas urusan temuduga Lisa selesai, Lisa update yer.. Sorry sangat-ii para peserta. 

Okay, back to topic. Actually, semalam Lisa baru jer pergi temuduga untuk kemasukan tingakatan 1 2014 dekat sekolah imtiaz dungun. Siapa sini sekolah imtiaz?? Nak tahu ni. Hihihi. 

Mula-mula kannnnnn, pagi tu, Lisa bangun tido kol 6 lebih kot. Pagi ok bukan petang. Hihihi. Lisa tak semalas yang korang sangka. Then, lepas siap gosok baju nak pergi mandi, tetibe ada consert free dari bruno mars. Adehh, kawan Lisa call pasal temuduga imtiaz tu. Kiterorang borak tak ingat dunia sedar-ii dah pukul 7 lebih.. 

Haaaa.. masa tu lah baru Lisa nak kelam kabut. Ambik tu ambik ni. Selalu je Lisa buat kerja last minit. =_=' (Eh, eh. Dah kantoi!!) Dah siap tu, masuk kereta,, terus pecutt.. memang dah lewat sangat masa tu. Then, sesat pula dekat bandar dungun tu.. Nampak jakun sangat ke macam tu? Lepas call kawan lisa akhirnya sampai jugak. Fuyyooo.. tepegun Lisa tengok kedudukan skolah tu. Betul- betul tepi pantai.  I like! ~♥

Masuk jer, terus pergi daftar. kebetulan pendaftaran sesi ke 5 baru je dibuka so, tak lewat lah kiranya kan kan?? Then,, Lisa dengan kekawan sesi 5 tu kena duduk dengan senyap dalam bilik menunggu. Adehhh.. punya lah lama kene tunggu, sampai ada yang sempat tidur lagi. Hihihi. Teruk betul. (Dah tu ko tak teruk ke =_="

Then, ustaz tu panggil kami untuk di kuarantin kan selama 30 minit. Dia bagi kiterorang satu kertas. Atas kertas tu ada ayat-ayat al-quran yg perlu kami hafal.. Hafal punya hafal, boleh lah ingat 5 baris rasenya. Tu pun ingat-ii lupa. Mase kena tasmiik depan ustaz dan ustazah tuu. Memang nebes giler lah. Sampai tak ingat ape yang Lisa hafal tu. Naseb ustazah tu tolong betulkan. 

Ermm.. rasanya tak ada chance kot , sebab markah tinggi pada hafazan tu. Lepastu, ade exam bertulis. Lisa malas nk citer part tu sebab banyak incident lawak yang berlaku. Lain kali Lisa citer ok?  habis temuduga tu dalam 2 petang lebih kot. 

Dan, Lisa sedar yang sepatut nya Lisa kene calm down masa tu and perbanyakkan latihan hafazan sebelum ni. Tulah, asyik lekat dekat pc je. 

Masa nk balik tu, lisa bosan giler dalam kereta sebab enjin kereta rosak. Kene pergi hantar bengkel. Lisa pun ambik phone dan klik! Klik! Lisa berkoya.. yeahh.. 

Nak tengok gambar tu?? Nah.. jangan ketawa eaa.. Me know me don't cute. ( erkk..  english broken here.  Someone please fix it. Pleaseeeee) 



Gambar tak tahu mende gi snap. Pose tahap ngade +gedikss. Hihihi. Sementara nak balik tu. Singgah dekat kedai makan. Makan makanan kegemaran Lisa. Ikan keli masak berlada!!! Weeeee.. best nya. Lama tak makan. I belasah 2 ekor tau.. (ambik ko. ) hahaha.. budok kuat makan, biasalah. Tapi badan tak naik-naik pun. Pipi jer semakin naik.. adehhh.. Lisa sampai rumah dalam pukul 5 petang lebih. Nanti, Ada masa Lisa post Tips-ii temuduga imtiaz ok? Insyaalah.. doakan Lisa berjaya masuk sekolah tu.

THANKS SEBAB SUDI BACA ENTRY MERAPU +PANJANG NI. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERJAYA BACA SAMPAI HABIS!! 


Till then, xoxo
Assalamualikum :)





10 comments:

  1. Good luck Lisa ! Semoge dapat masuk skolah yg Lisa nak tuhh ^^ all the best yaa . InshaaAllah dapat masuk . Doa selalu kay :D

    ReplyDelete
  2. Thanks kak sya. Amin.. insyaallah kalau ada rezeki Lisa boleh masuk, kalau tak, redho jelah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar kat mane2 pon boleh berjaye asalkan ade kesungguhan right ? ^^ btw , Lisa nak hafaz Quran ke ?

      Delete
  3. Yerp.. Lisa nak jadi seorang hafizah. Memang dari darjah 4 lagi nak masuk sekolah tu. Nak hafal al-quran. Ye, Lisa agree dengan kak disya tu. Belajar mana-ii pun tak pe, tapi mesti ada kesungguhan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke . Bagoslah kalau camtu :) semoge impian Lisa tercapai ^^ kalau Lisa berjaye masok tahfiz , Lisa wat betol2 tau sbb bnyk dugaan yg akan dtg . Akak sendiri dah rase . Hehe :)

      Delete
  4. Amin..Ye ke?? Dugaan macam mana tu?? Akak masok sekolah mana dulu? Tapi, insyaallah, Lisa akan sabar dengan semua dugaan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah . Rse malas lah , rse tak leh nak teruskan lah . perangai pon tah pape ._. Akak sekolah kat MITIB , Jugra . Tuh name singkatan je . Nme skolah pnjg sgt . Hehe . Alhamdulillah akak masih boleh bertahan cume kene tingkatkan lagi kuantiti hafazan akak . Hehe :)

      Delete
  5. Ouh macam tu. Herm,, Lisa pun mesti akan rasa macam akak. Hihihi. Akak skolah lagi rupanya, ingatkan dah habis.. moga-ii akak berjaya tingkatkan kuantiti hafazan. :) insyaalah, lisa cuba akan bertahan kalo dpt diterima masuk ^_^

    ReplyDelete
  6. InshaaAllah , aameenn :D akak un doakan yang terbaik untuk Lisa ^^

    ReplyDelete
  7. Alhandulillah, terima kasih akak. Lisa pun doakan akak berjaya dunia dan akhirat ^_^

    ReplyDelete

Awak, awak. Dah baca tu, rajinkan tangan untuk drop comment ea. hehe. Metaceh sayang but, no harsh word okey. :)