HOME STUFF Giveaways

Gembira sangat sangat sangat!!! @_@

assalammualaikum semua. hari ni saya gembira tersangat sangat sangat sebaba nanti saya blh ke perkhemahan. oh ini pertama kali saya gi khemah.Eh, azan maghriblah. oklah saya tutup dulu. bye.

MIKHA TAMBAYONG feat RANDY PANGALILA - RHYTHM OF THE NIGHT (OST NADA CI...

Nabi Anak Yatim with lyric





Asssalamualaikum kawan-kawan hari ini saya nak berkongsi nasyid yang rumah merah nyanyi
(rumah sukan saya). i hope u all Enjoy to hear this song. :)

Jadilah insan yang positif


                                      JADILAH INSAN YANG POSITIF

DALAM kehidupan ini, terlalu banyak ranjau dan duri yang perlu kita tempuhi.kesabaran dan ketabahan hati amat penting untuk kita melangkah melalui esok dan hari-hari mendatang.
            Tidak semua insan dilahirkan bernasib baik, berwajah cantik, hidup dalam kemewahan atau hebat dalam pelajaran. Jadi jalan dan cara terbaik ialah hidup sederhana dalam apa jua perkaradan jadikan hidup ini lebih bermakna.
            Setiap pagi, apabila bangun dari tidur (sebaiknya sebelum subuh), cuba hirup udara segar. Tarik nafas perlahan-lahan dan bagi rangsangan positif kepada diri. Berkatalah bahawa anda amat bertuah dan bangga dengan diri anda, anda cantik dan mempunyai kelebihan tersendiri. Usah berfikir yang anda tidak boleh berjaya. Sebaliknya fikirlah yang anda seorang yang cekal, tidak mudah berputus asa dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.
            Seelok-eloknya berkata-katalah di hadapan cermin, lihat ke dalam diri dengan penuh kasih sayang. Nyatakan segala yang baik tentang diri anda. Jangan sekali-kali, membandingkan diri dengan orang lain tau ingin menjadi orang lain. Jika anda lemah dalam sesuatu bidang atau matapelajaran mintalah bantuan orang yang mahir dengan bidang itu. Jangan berdiam diri seperti anda tahu segala-galanya.
            Amalkan perkara ini setiap hari walaupun di rumah atau di sekolah. Insya-Allah akan dapat mrasakan rangsangan semula jadi yang menakjubkan.
            Saya sentiasa melakukan perkara ini setiap pagi, Alhamdulillah hasilnya membanggakan. Dahulu saya pesimis, sentiasa memikirkan kekurangan diri,sentiasa memikirkan kekurangan diri dan saya sombong dalam mencari ilmu. Akhirnya saya yang rugi kerana sentiasa rasa rendah diri, sombong dan tidak percaya kemampuan sendiri. Selepas mengamalkan petua ini selama dua tahun, kini saya lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.
            Sedarilah Allah mencipta setiap makhluk dengan begitu istimewa. Setiap insan pasti ada buruk baik dan keistimewaan tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan hargailah diri anda.

Pantun Nasihat


Solat Subuh Dua Rakaat,
           Solat Zohor Empat Rakat;
            Tanda Seorang Muslim yang taat,
Setiap Hari Tunaikan Solat.

Solat Asar di waktu petang,
Waktu Senja Bersolat Maghrib;
Izrail datang  ajal pun menjelang,
Dalam Kubur Disoal Atiq dan Raqib.

Isyak Dikerjakan Pada Waktu Malam,
          Sebelum Datang Subuh Dan Siang;
          Cukuplah Sudah Solat Siang dan Malam,
          Wajib Tunaikann Sebelum Ajal Menjelang.

          Manisnya Orang Tersenyum Simpul,
          Memakai Pakaian Menutup Aurat;
          Taati Allah, Contohi Rasul,
          Moga Selamat Dunia Akhirat.

          Waktu Lapang Membaca Buku,
          Supaya Tidak Membuang Masa;
          Hormatilah Ibu Bapa Dan Guru,
          Kerana Mereka Banyak Berjasa.
         
          Untuk Membaiki Ibadah Kita,
          Jangan Malu Untuk Bertanya;
          Jadilah Insan Berakhlak Mulia,
          Dicintai Allah, Dikasihi Makhluk- Nya.
,

cerpen : Diganggu Abang Jaga



Erk.. peringatan, jangan baca cerpen ni kalau tengah malam ea.. Saja je buat cerpen ni. tak ada kaitan antara yang hidup atau yang mati. 


 
AINA MENGUAP KERANA MENGANTUK SAMBIL MENGGELIAT MELEGAKAN BAHAGIAN PINGGANGNYA YANG PENAT SETELAH SETENGAH JAM DUDUK MENELAH MEMBACA BUKU UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN. DIA BERPALING KE ARAH TINGKAP YANG MENGHADAP KE ARAH TASIK YANG TERANG KELIHATAN DISINARI OLEH CAHAYA BULAN PENUH, SAMBIL MENAHAN PERASAAN MENGANTUK.

Sofea, rakan sekelas Aina yang duduk dibelakang kelas sudahpun mula berkemas-kemas sambil menguap beberapakali kerana mengantuk. “Sudahlah Aina, aku pun dah penat. Tinggal kita berdua sajaha. Aku rasa nak balik ke asrama, nak baring-baring di atas katil. Marilah temankan aku balik, aku takut hendak balik seorang diri.”
      Aina tertawa kecil. “Engkau ni Sofea, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan. Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang guard yang suka ganggu kau tu. Tentu dia datang berlari, ‘Abang datang Sofea!!! Abang datang Sofea…” usik Aina sambil ketawa.
       “Hai jaga sedikit mulut engkau tu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni ‘keras’ sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Ujar Sofea.
       “Baiklah-baiklah. Aku tarik balik kata-kata aku itu. Maaf ! Maaf,” kata Aina sambil tertawa kecil.
      Aina mengenyeh-genyeh matanya yang perit berpinar-pinar itu.  Dia ingin benar menghabiskan bab tiga itu, tetapi akhirnya dia pun mengaku kalah. “Hoi Sofea!” jeritnya. “Engkau tu dah sudah ke? Marilah kita balik. Aku pun dah penat. Baca lama-lamapun bukan nak masuk dalam kepala otak ni. Dah tepu ni.” Ajak Aina sambil berkemas.
       Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema di laluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Sofea menekup mulutnya terperanjat hampir mengerit., perasaan takut jelas terbayang di matanya. Aina dan Sofea masing-masing berbalas pandangan, tertanya-tanya siapakah yang datang ke kelas di tengah-tengah malam begini.


BUNYI TAPAK KAKI 
        Masing-masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah-olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi pintu kelas sebelah dibuka orang kendengaran. Sofea sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Aina dan memegang tangan dengan erat.
       “Dam.” Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Perasaan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba-tiba…
       “Wah! Kuat belajar nampaknya Sofea, Aina.”
       Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Aina dan Sofea berpaling kearah belakang. Abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Mail kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap sambil berjalan lurus ke hadapan. 
       Aina bernafas lega, “Abang Mail ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Sofea ni sudah nak pengsan tahu tak.” Kata Aina sambil berpaling kearah Sofea.
       “Kalau Sofea sudi, abang Mail boleh temankan,” ujar abang guard itu sambil tertawa kecil.
       Muka Sofea semakin pucat ketakutan, suaranya terkunci,bisu kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu. Abang Mail terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kesunyian.
“Engkau ini kenapa takut sangat. Itukan hanya abang Mail, janganlah sampai tak boleh berenggang dengan aku,” Kata Aina, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.


TIDAK BOLEH TERBANG


       Keesokan harinya, Aina tidak sabar-sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan-kawannya yang lain.
       “Engkau tahu, Sofea ni pucat lesi mukanya bila abang Mail tawarkan hendak temankan dia.” Cerita Aina sambil disambut dengan deraian ketawa oleh rakan-rakannya yang lain. Sofea hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasaan terkejutnya itu.
        “Kalau aku, tentu aku sahut tawaran abang Mail tu. Seronok apa, ada orang nak temankan. Abang Mail tu boleh tahan juga orangnya, bujang pulak tu,” sahut Lina sambil ketawa kuat.
       “Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama engkau yang dia panggil. Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Mail yang tegur aku dan Aina, macam mana dia berjalan di sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukankah kelas kita ni tingkat tiga. Yang si Aina ni pun satu, perkara macam itu pun tidak perasan. Aku sudah hendak terkencing masa itu, tambah pula, nama aku yang disebut bukannya Aina,” ujar Sofea lagi.
       Seluruh kelas terdiam mendengar kata-kata Sofea, wajah Aina bertukar pucat sepucatnya. Masing-masing berebut-rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata-kata Sofea itu. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Sofea. Masing-masing melopong tanpa dapat berkata apa-apa. Sejak dari hari itu, mereka tidak berani pulang lewat, apatah lagi abang Mail sendiri menafikan yang dia tidak pernah bertemu dengan Sofea dan Aina pada malam tersebut.  


Till then xoxo
Assalamualikum :)

Rahsia potong kuku

RASULULLAH SAW BERSABDA: YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan                    masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkanoleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

pakailah pakaian yang menutup aurat @_@




Kita sebagai kaum hawa hendaklah sentiasa menutup aurat. Sekarang apabila kita lihat ramai yang pakai baju tak cukup kain. terdedah sana- terdedah sini. ish ish ish. Jadi pakalah pakaian yang menutup aurat. Kalau pakai baju kurung yang jarangpun namanya x tutup aurat jugak. Seelok-eloknya pakailah tudung yang labuh.jadi orang yang x tutup kepala tu saya nasihatkan supaya pakailah tudung. ingatlah bahawa umur kita sehari-hari semakin meningkat. - Yang benar Pink Girl

cerpen

mulai esok sy akan lampirkan cerpen yang saya kumpul (buat) selama 2 tahun. saya akan lampir kan satu demi satu cerpen saya (satu hari satu cerpen.) oh tak sabar nya saya ..... :face75: (nanti tolong komenya)

info

º✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
º✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
º✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
º✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
º✔ Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.

MY BFF @_@



Awak adalah kawan baik saya...
                                                                                   Awak adalah pembimbing saya..
                                                                                   Awak juga adalah kawan di dunia
                                                                                   dan di akhirat saya...

                                                                                   Terima kasih atas segala-galanya...
                                                                                   Wahai sahabatku...