HOME STUFF Giveaways

First time duduk asrama

 Salam ukhuwah semua~^^ 



Wah, wah~~ Dah empat minggu Lisa tak jenguk dekat sini kan? Kan? Sebelum tu, fuhhhh. fuhhhh *tiup habuk* ha, dah hilang dah habuk-habuk tuu. Hehe. Ada tak orang yang tanya ke mana Lisa menghilang. Ada tak , ada tak??  *oitt, perasan betul minah ni, macam lah ada orang nak tanya macam tu =,='*

Haha. Actually, Lisa baru je selamat sampai rumah daripada asrama. Alhamdulillah, akhirnya, dapat jugak Lisa masuk sekolah tu even, panggilan ke-2. Tapi, Lisa tak kisah pun. Nak tahu sekolah apa? Baca post NI. Dah baca? Alhamdulillah~ Hari ni, Lisa nak kongsi sikit *erkk* macam mana pengalaman Lisa masa first time masuk asrama. Ada gaya macam rusa masuk kampung ke or macam monyet masuk kandang *eh eh* Haha. Straight to the point. 

Alkisah pada suatu hari, lepas, Lisa dapat panggilan tu. Of course lah kelam kabut kan? Iyelah, dapat tahu hari ni. Esok lusa dah kena daftar masuk. Petang tu, habis satu bandar kemaman  *lah sangat* Lisa pi barong nak cari barang. Then, masa hari nak kena daftar tu, dalam hati berdebar lah jugak even ada rasa gembira sebab dapat jauh dengan keluarga *lols* Rasanya, 2 hari jugak Lisa homesicks~ hehe 

Keesokannya, bermulalah kehidupan asrama Lisa. Weeeeee~~ Mula-mula bangun pukul 4.00 a.m sebab tak nak berebut bilik air sebab nanti terlambat untuk solat subuh berjemaah *kekadang Lisa mandi masa lepas balik sekolah je hehe* then, get ready for the school time. Opsss, sebelum tu ada kelas al-quran dulu untuk menghafal dan talakin selama 3 jam or 2 jam. Mula-mula tu kan, memang pecah kepala nak hafal hehe but, lepas dah biasa rasa macam takde ape-ape pun. 

Lepas tu, pergi ke sekolah macam biasa. Haa, tapi satu je yang unik dekat sekolah ni. Biasa nya kan kalau korang sekolah pagi straight sampai petang kan? Tapi, dekat imtiaz, kiteorang akan or memang ada rehat tidur pada pukul 12:30 tgh. Tidur masa ni adalah sunnah tau dan untuk recovery balik tidur kita yang tak cukup malam tu. 

After that,pergi sekolah macam biasa sampai lah pukul 2:15 p.m or 4:15 p.m. Pahtu, balik dorm. Kitorang pun bergembira lah mase ni. Kami buat aktiviti masing-masing. Kadang-kadang cikgu atau kakak-kakak senior dah aturkan aktiviti untuk kita. 

Sampai lah pukul 6:20 p.m. kami kena bersiap-siap dan pergi awal ke musollah sebelum pukul 6:50 p.m untuk solat berjemaah. Ha'ah lah, Lisa lupa nak bagitahu. Setiap waktu solat, kami kena solat berjemaah dan waktu subuh dan waktu maghrib, kalau lewat kena denda. 

Usai solat maghrib berjemaah, kami still stay dekat musollah untuk prep al-quran. Masa ni, kita guna untuk hafal Ayat Tasmik Baru. Hafal, hafal, hafal, sampai waktu isyak. Kami pun solat berjemaah sekali lagi.

Then, balik dorm, bersiap-siap untuk masa prep belajar pula pada pukul 9.45 p.m sampai pukul 10:45 p.m. Balik je prep tu, Lisa biasa nya pergi ke cafe untuk order air atau makanan. Hehe. Orang duduk asrama semakin kurus, tqpi Lisa semakin gemuk sebab makan malam. Kuang kuang kuang xD. 

Lepas ambik order, balik dorm dan makan!! Yeahh. Sedap gilerr mak cik tu masak. Rasa macam, dekat restorant je masakan dia. Lepas dah berpesta makan minum tu, kami kena buat 'halaqah'  pada pukul  11:45 p.m. Tujuan halaqah ini adalah untuk menjadi perisai *dush dush* kepada Lisa. Aceeee, bukan Lisa sorang, untuk semua yang buat halaqah tu lah. Dan 'halaqah' ni, wajib kena buat sebelum tidur. Kemudian, kami boleh buat aktiviti sendiri dalam dorm SAHAJA sebelum pukul 12:45 a.m sebab dah kena tidur. Tapi, kekadang, Lisa dengan geng-geng Lisa tidur pukul 2..15 a.m . Hehe. *anak dara siapa lah tu kan* 

Kemudian, kami pun berlari dan melayang ke atas  katil untuk tidur dan memulakan hari esok dengan lebih ceria dan bermakna *acecce* Macam tu lah rutin harian Lisa dekat asrama, ada lagi nak cerita tapi, tangan pun dah kreng dah so, sampai sini saja till we meet again. Bubbye. 

P/s: sorry kepada sesiapa yang request tutorial tu. Lisa belum sempat nak buat. Ada masa, insyallah Lisa buat even lambat hokkey (",)

Till then,xoxo
Assalamualaikum :) 


12 comments:

  1. ihihihi.
    bestnyaaaa hehehhee
    have a happy feb lisa <33

    ReplyDelete
  2. Hehe. Masehhh akakk ku sayangg. May you have a happy feb too. :*

    ReplyDelete
  3. salam adik...semoga sukses menempuh dunia baru

    ReplyDelete
  4. Wassalam ka. Amin, insyallah , lisa boleh menempuh hidup baru. Thanks akk :)

    ReplyDelete
  5. Mm. rasenye xmakin gemuk pun,makin ayu jer.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. ye ke?? alhamdulillah. hehe , tapi, berat badan semakin bertambah looo

      Delete
  6. bestnya tinggal asrama. masa sekolah saya memang tak pernah masuk sekolah asrama. jadi tak pernah experience semua benda ni. huhhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo. sian nyer akak ni. tapi, masuk universiti pun, akan same jugak nanti exprience nye, lagi mencabar adalah lah. akak akan merasainya hehe

      Delete
  7. salam kenal..singgah blogwalkinghehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal too. metaceh blogwalking. i'm walking to your blog too :)

      Delete
  8. sure nanti ramai kawan

    follower ke 146..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memang pun, semua sporting-sporting kat sane. Banin je lah tak.
      akak, lisa dah follow akak dah lama dah ngeee

      Delete

I'm looking forward for your comment. Thanks :)