Hai and hai. Hari ni , tetiba Lisa rajin sikit nak bagi tips sikit. Wuuu~ siapa sini yang excited baca title tu? Angkat dagu cepat.. haha. Ok, Maybe ada yang baca title tu dan cakap
Hek eleh, followers sikit je. Ada hati nak bagi tips. Macam lah blog dia tu bagus sangat.
K. Memang Lisa akui, blog Lisa tak perfect lagi macam blog korang. Ni, Lisa hanya nak share je, iyelah korang cakap sharing is caring So, Lisa ni caring ke? hahaha. Dan, Lisa nak bagi tips ni hanya tu membantu blogger newbies je. Yang mana blog dia yang dah perfect sila abaikan post ni okeh dear :') Now, let's start.
Header
Ni adalah benda yang penting sebab bila orang masuk blog korang, first impression mereka tengok ialah header sebab ia terpampang dekat atassss sekali. Cuba bayangkan, kalau blog takde header. Mesti boring kan orang tengok. Lisa bagitau ni sebab ikut pengalaman bukan nak tabik dada. Header Lisa pun hudus jugak. Now, korang imagine. Korang masuk satu blog yang cantik. Header dier AWESOME gitu~ Mesti korang semangat nak baca apa yang mereka tulis. Secara tak langsung, boleh menambahkan traffic blog hihi.
Kalau perhiasan tu, cukup lah ada 2 3 benda yang korang nak letak dalam header. Jangan kasi sarat sangat header tu. Boleh menyemakkan pandangan orang lain. Ok dear :) And, Lisa suggest gunakan header yang transparent lah. Header korang akan nampak lebih kemas.
Background & warna tema blog
Korang boleh gunakan warna background yang harmoni. Macam biru, purple, pink, hijau kelabu and etc yang warna lembut-lembut. Background tu, kalau boleh pilih lah yang ada corak sikit macam corak vintage, stripe, or polkadot yang cute gitu. Korang jangan pilih background yang jenis GIF pulak. Boleh juling mata mereka kalau tengok background korang bergerak. Tak pasal-pasal mereka terus tekan button [X]
Warna tema blog pun mesti gunakan warna yang mesra alam. SEO katanya. Some goes dengan background juga. Jangan guna warna yang terang. Macam merah. Ianya hanya menyakitkan mata. Dan the important is, mesti gunakan warna yang ada cobelarasi. Warna yang boleh masuk antara satu sama lain Tak faham ? Macam ni.
Contoh lah, Lisa tak tujukan sesiapa ok.
Header warna kuning, background warna merah, gadjet warna hijau, footer warna kelabu.
Aiyooo. Amma Appa. Apa sudah jadi?! So, elakkan guna thema yang bercampur. Sukuplah thema blog korang ada 2 warna sahaja.*emmm.. faham tak?*
Widget
Kalau korang tengok blog Lisa ni. Mesti korang nampak widget sikit kan? Cukuplah korang letak yang penting-penting je macam:
-google friend connect (ni wajib letak)
-Archive bar (tolong guna yang ada scroll box kalau korang jenis yang rajin update)
-Cbox / shout box *better korang guna dua ni je*
-Nuffnang (ni untuk side income. boleh buat duit hehehe)
-Biodata korang sikit / about me(untuk memudahkan readers kenal korang)
Ok, tu yang WAJIB ada dalam blog korang. Buat bloggger yang suka letak jam, gambar, salji jatuh and etc. Please buang secepat mungkin sebab ianya boleh membuatkan loading lambat. Mereka masuk blog korang untuk baca entry korang bukan nak tengok gambar.
Jenis font
Please jangan guna font yang fancy-fancy sangat. Yang huruf kecik besar then kecik balik then besar balik. Amat di larang sama sekali! Font yang paling sesuai ialah arial, century gothic, verdana, helvetica. Warna font, seelok-eloknya korang letak warna hitam or kelabu gelap or dark brown. Macam Lisa, Lisa guna hitam. Dan kalau boleh, background post korang buat warna putih ok?
Use of language / penggunaan bahasa
Yang ni, Lisa mintak tolong sangat-sangat. Ubah korang punya gaya penulisan atau penggunaan bahasa untuk lebih senang. ok, Lisa bagi contoh :
Ari nie, aq g skunk. Fuh, keje skunk byk glez. Tk laratz aq.
Semalam, titew keluar ngan pakwe titew. hencem gilew dier tauw. best nyew~~~~
Eiiii.. geli gelaman Lisa baca ayat yang warna merah tu. Werkkk.. Walaupun, Lisa ni remaja dan itu bahasa remaja sekarang ni. Lisa pun kekadang confused juga. Hah~ korang faham ke bahasa macam tu? Mesti tak kan? lagi satu, jangan gunakan bahas yang kesat ye. Ingat, budi bahasa budaya kita.
And, korang kena tahu, pembaca blog ni terdiri dari pelbagai peringkat umur. So, faham-faham ye dear :) Sila ubah gaya penulisan anda sekarang! Anda mampu mengubahnya!
Lisa harap, tips-tips ni dapat membantu korang yang newbies tu dalam memperbaiki blog korang. Sama-sama kita belajar :) Maafkan Lisa kalau ada tersilap atau terkasar bahasa dalam tips-tips di atas. Niat Lisa bukan nak menyindir korang, Lisa hanya nak menegur kesalahan korang. Dan, kalau ada kesalahan yang Lisa buat dalam blog ni. Jangan malu nak tegur Lisa. =D
Till then, xoxo
Assalamualaikum :)
hehhehe very helpful <3
ReplyDeletehehe. metaceh. :)
ReplyDelete