HOME STUFF Giveaways

First time duduk asrama

 Salam ukhuwah semua~^^ 



Wah, wah~~ Dah empat minggu Lisa tak jenguk dekat sini kan? Kan? Sebelum tu, fuhhhh. fuhhhh *tiup habuk* ha, dah hilang dah habuk-habuk tuu. Hehe. Ada tak orang yang tanya ke mana Lisa menghilang. Ada tak , ada tak??  *oitt, perasan betul minah ni, macam lah ada orang nak tanya macam tu =,='*

Haha. Actually, Lisa baru je selamat sampai rumah daripada asrama. Alhamdulillah, akhirnya, dapat jugak Lisa masuk sekolah tu even, panggilan ke-2. Tapi, Lisa tak kisah pun. Nak tahu sekolah apa? Baca post NI. Dah baca? Alhamdulillah~ Hari ni, Lisa nak kongsi sikit *erkk* macam mana pengalaman Lisa masa first time masuk asrama. Ada gaya macam rusa masuk kampung ke or macam monyet masuk kandang *eh eh* Haha. Straight to the point. 

Alkisah pada suatu hari, lepas, Lisa dapat panggilan tu. Of course lah kelam kabut kan? Iyelah, dapat tahu hari ni. Esok lusa dah kena daftar masuk. Petang tu, habis satu bandar kemaman  *lah sangat* Lisa pi barong nak cari barang. Then, masa hari nak kena daftar tu, dalam hati berdebar lah jugak even ada rasa gembira sebab dapat jauh dengan keluarga *lols* Rasanya, 2 hari jugak Lisa homesicks~ hehe 

Keesokannya, bermulalah kehidupan asrama Lisa. Weeeeee~~ Mula-mula bangun pukul 4.00 a.m sebab tak nak berebut bilik air sebab nanti terlambat untuk solat subuh berjemaah *kekadang Lisa mandi masa lepas balik sekolah je hehe* then, get ready for the school time. Opsss, sebelum tu ada kelas al-quran dulu untuk menghafal dan talakin selama 3 jam or 2 jam. Mula-mula tu kan, memang pecah kepala nak hafal hehe but, lepas dah biasa rasa macam takde ape-ape pun. 

Lepas tu, pergi ke sekolah macam biasa. Haa, tapi satu je yang unik dekat sekolah ni. Biasa nya kan kalau korang sekolah pagi straight sampai petang kan? Tapi, dekat imtiaz, kiteorang akan or memang ada rehat tidur pada pukul 12:30 tgh. Tidur masa ni adalah sunnah tau dan untuk recovery balik tidur kita yang tak cukup malam tu. 

After that,pergi sekolah macam biasa sampai lah pukul 2:15 p.m or 4:15 p.m. Pahtu, balik dorm. Kitorang pun bergembira lah mase ni. Kami buat aktiviti masing-masing. Kadang-kadang cikgu atau kakak-kakak senior dah aturkan aktiviti untuk kita. 

Sampai lah pukul 6:20 p.m. kami kena bersiap-siap dan pergi awal ke musollah sebelum pukul 6:50 p.m untuk solat berjemaah. Ha'ah lah, Lisa lupa nak bagitahu. Setiap waktu solat, kami kena solat berjemaah dan waktu subuh dan waktu maghrib, kalau lewat kena denda. 

Usai solat maghrib berjemaah, kami still stay dekat musollah untuk prep al-quran. Masa ni, kita guna untuk hafal Ayat Tasmik Baru. Hafal, hafal, hafal, sampai waktu isyak. Kami pun solat berjemaah sekali lagi.

Then, balik dorm, bersiap-siap untuk masa prep belajar pula pada pukul 9.45 p.m sampai pukul 10:45 p.m. Balik je prep tu, Lisa biasa nya pergi ke cafe untuk order air atau makanan. Hehe. Orang duduk asrama semakin kurus, tqpi Lisa semakin gemuk sebab makan malam. Kuang kuang kuang xD. 

Lepas ambik order, balik dorm dan makan!! Yeahh. Sedap gilerr mak cik tu masak. Rasa macam, dekat restorant je masakan dia. Lepas dah berpesta makan minum tu, kami kena buat 'halaqah'  pada pukul  11:45 p.m. Tujuan halaqah ini adalah untuk menjadi perisai *dush dush* kepada Lisa. Aceeee, bukan Lisa sorang, untuk semua yang buat halaqah tu lah. Dan 'halaqah' ni, wajib kena buat sebelum tidur. Kemudian, kami boleh buat aktiviti sendiri dalam dorm SAHAJA sebelum pukul 12:45 a.m sebab dah kena tidur. Tapi, kekadang, Lisa dengan geng-geng Lisa tidur pukul 2..15 a.m . Hehe. *anak dara siapa lah tu kan* 

Kemudian, kami pun berlari dan melayang ke atas  katil untuk tidur dan memulakan hari esok dengan lebih ceria dan bermakna *acecce* Macam tu lah rutin harian Lisa dekat asrama, ada lagi nak cerita tapi, tangan pun dah kreng dah so, sampai sini saja till we meet again. Bubbye. 

P/s: sorry kepada sesiapa yang request tutorial tu. Lisa belum sempat nak buat. Ada masa, insyallah Lisa buat even lambat hokkey (",)

Till then,xoxo
Assalamualaikum :) 


Can anybody help me please.. :3



salam ukhuwah and anneonghaseyo you all~



Hye *wink*. Semalam kan, Lisa terfiki dah tahun baru kan? So, Lisa nak buat buat giveaway/segmen. And, apa kena mengena dengan tajuk pulak?

Okey. Lisa terangkan, macam ni. Lisa sebenarnya, tak tahu nak buat apa. Sama ada nak buat Giveaway or segmen. And, apa tajuk untuk giveaway/segmen tu?? Ada ke yang nak join nanti? Ada ke yang nak sponsor?

Lisa memang dah pecah kepala *padahal tak pecah pun* nak fikir apa GA/segmen yang korang suka. Dah cari tajuk pun tak sesuai. Tak best lah, tak sesuai lah tajuk tu. Dah pening dah, last-last Lisa tulis kat sini. Mana tahu ada makhluk cun yang nak tolong Lisa ke. Hehe

Nanti, Lisa akan bagitau detail GA/segmen tu kalau dah ada cadangan. Tapi, bukan sekarang lah. Lisa nak buat masa bulan 3 nanti. Ni, tengah prepare. Bukan senang nak buat GA/segmen ni. Nak kena fikir tu lagi ni lagi. hurmmm..  

Apa yang korang suka ea? Hadiah apa nak diberi. Ada cadangan tak? Korang suka GA atau segmen yang macam mana? Share sikit. Lisa nak tahu. Orang cakap sharing is caring.  Kan? Kan? So, tolong lah Lisa, please please please...

Till then, xoxo
Assalamualaikum :)


Garnier review part 4

Salam ukhuwah semua~

Hello.. Lisa nak sambung review blog para sponsor first simple giveaway anniversary tu. Nak, habiskan waktu terdekat ni jugak, so, jom ushar blog kepunyaan blogger cute yang kecik molek + cute giler ni. Hihi.


Blog Riqa Ainureen

http://riqa-ainureen.blogspot.com/ 
 *tekan gambar tu untuk ushar blogger cute ni*

Haa.. blog warna kuning pink gituuu. Cute betul kan? kan? Emm.. lisa nak komen apa erk?? Haa. nak baca komen Lisa tak? Nah, nah

Header : memang cute, unik tak macam lisa punya header burokkss TvT cuma, kalau boleh. Terangkan lagi warna header Riqa tu ye. Nampak macam dull sikit. Sikit jer, tak banyak :)
Thema : Lisa memang suka thema dier. Dah lah guna warna favourite Lisa pulak tu. Nggee suka  sangat ^_^
Susun atur kemas, cantik. Loading pun cepat. Susah nak cari blog yang loading cepat sekarang ni. hehe. Daebak!

Last but not least, Lisa nak ucapkan bebanyak terima kasih dekat blogger cute + junior Lisa ni*dia satu sekolah dengan Lisa tahun lepas*. Sebab sudi sponsor GA lisa yang tak berapa gempak sangat tu. Thanks again. :) Kamsahamida blogger cute ;) jom kita reramai ushar dia nak tak? Hehe

Till then, xoxo
Assalamualaikum :)

Tips buat blog simple , cute dan menarik!



Salam ukhuwah semua~



Hai and hai. Hari ni , tetiba Lisa rajin sikit nak bagi tips sikit. Wuuu~ siapa sini yang excited baca title tu? Angkat dagu cepat.. haha. Ok, Maybe ada yang baca title tu dan cakap

Hek eleh, followers sikit je. Ada hati nak bagi tips. Macam lah blog dia tu bagus sangat.

K. Memang Lisa akui, blog Lisa tak perfect lagi macam blog korang. Ni, Lisa hanya nak share je, iyelah korang cakap sharing is caring So, Lisa ni caring ke? hahaha. Dan, Lisa nak bagi tips ni hanya tu membantu blogger newbies je. Yang mana blog dia yang dah perfect sila abaikan post ni okeh dear :') Now, let's start.

Header
 Ni adalah benda yang penting sebab bila orang masuk blog korang, first impression mereka tengok ialah header sebab ia terpampang dekat atassss sekali. Cuba bayangkan, kalau blog takde header. Mesti boring kan orang tengok. Lisa bagitau ni sebab ikut pengalaman bukan nak tabik dada. Header Lisa pun hudus jugak. Now, korang imagine. Korang masuk satu blog yang cantik. Header dier AWESOME gitu~ Mesti korang semangat nak baca apa yang mereka tulis. Secara tak langsung, boleh menambahkan traffic blog hihi.

Kalau perhiasan tu, cukup lah ada 2 3 benda yang korang nak letak dalam header. Jangan kasi sarat sangat header tu. Boleh menyemakkan pandangan orang lain. Ok dear :) And, Lisa suggest gunakan header yang transparent lah. Header korang akan nampak lebih kemas.


  Background & warna tema blog
 Korang boleh gunakan warna background yang harmoni. Macam biru, purple, pink, hijau kelabu and etc yang warna lembut-lembut. Background tu, kalau boleh pilih lah yang ada corak sikit macam corak vintage, stripe, or polkadot yang cute gitu. Korang jangan pilih background yang jenis GIF pulak. Boleh juling mata mereka kalau tengok background korang bergerak. Tak pasal-pasal mereka terus tekan button [X]

Warna tema blog pun mesti gunakan warna yang mesra alam. SEO katanya. Some goes dengan background juga. Jangan guna warna yang terang. Macam merah. Ianya hanya menyakitkan mata. Dan the important is, mesti gunakan warna yang ada cobelarasi. Warna yang boleh masuk antara satu sama lain Tak faham ? Macam ni. 

Contoh lah, Lisa tak tujukan sesiapa ok. 

Header warna kuning, background warna merah, gadjet warna hijau, footer warna kelabu. 

Aiyooo. Amma Appa. Apa sudah jadi?! So, elakkan guna thema yang bercampur. Sukuplah thema blog korang ada 2 warna sahaja.*emmm.. faham tak?*

Widget
 Kalau korang tengok blog Lisa ni. Mesti korang nampak widget sikit kan? Cukuplah korang letak yang penting-penting je macam:

-google friend connect (ni wajib letak)
-Archive bar (tolong guna yang ada scroll box kalau korang jenis yang rajin update)
-Cbox / shout box  *better korang guna dua ni je*
-Nuffnang (ni untuk side income. boleh buat duit hehehe)
-Biodata korang sikit / about me(untuk memudahkan readers kenal korang)

Ok, tu yang WAJIB ada dalam blog korang. Buat bloggger yang suka letak jam, gambar, salji jatuh and etc. Please buang secepat mungkin sebab ianya boleh membuatkan loading lambat. Mereka masuk blog korang untuk baca entry korang bukan nak tengok gambar.

Jenis font
Please jangan guna font yang fancy-fancy sangat. Yang huruf kecik besar then kecik balik then besar balik. Amat di larang sama sekali! Font yang paling sesuai ialah arial, century gothic, verdana, helvetica. Warna font, seelok-eloknya korang letak warna hitam or kelabu gelap or dark brown. Macam Lisa, Lisa guna hitam. Dan kalau boleh, background post korang buat warna putih ok?

Use of language / penggunaan bahasa
Yang ni, Lisa mintak tolong sangat-sangat. Ubah korang punya gaya penulisan atau penggunaan bahasa untuk lebih senang. ok, Lisa bagi contoh :

Ari nie, aq g skunk. Fuh, keje skunk byk glez. Tk laratz aq. 

Semalam, titew keluar ngan pakwe titew. hencem gilew dier tauw. best nyew~~~~

Eiiii.. geli gelaman Lisa baca ayat yang warna merah tu. Werkkk.. Walaupun, Lisa ni remaja dan itu bahasa remaja sekarang ni. Lisa pun kekadang confused juga. Hah~ korang faham ke bahasa macam tu? Mesti tak kan? lagi satu, jangan gunakan bahas yang kesat ye. Ingat, budi bahasa budaya kita.

And, korang kena tahu, pembaca blog ni terdiri dari pelbagai peringkat umur. So, faham-faham ye dear :) Sila ubah gaya penulisan anda sekarang! Anda mampu mengubahnya!


  
Lisa harap, tips-tips ni dapat membantu korang yang newbies tu dalam memperbaiki blog korang. Sama-sama kita belajar :) Maafkan Lisa kalau ada tersilap atau terkasar bahasa dalam tips-tips di atas. Niat Lisa bukan nak menyindir korang, Lisa hanya nak menegur kesalahan korang. Dan, kalau ada kesalahan yang Lisa buat dalam blog ni. Jangan malu nak tegur Lisa. =D

Till then, xoxo
Assalamualaikum :)
 

2# blog skin : Panda Lover Story


salam ukhuwah semua~

Alahai, dah bersarang rupanya blog Lisa ni rupanyakan. Fuh~*tiup habuk* Haa.. bersih pun. Hekhek. Amacam?? OK tak berubah baju blog ni? Hehe. Thema kali ni sesuai dengan diri Lisa yang baru ni. Yelah, kata azam baru kan? Jadi, bolehlah perubahan tu kan?

Woot. woott. Dah terlebih mukadimah tu. Hehe. Actually, lisa ada buat blogskin baru. Yeahhh.. dah lama buat sebenarnya. Ni, baru nak post. Tulah, akibat penyakit yang bernama MALAS melanda. wkwkwkwk. ok, stop. Kita straight to the point yer. Walahh, terimalah *acecece*



VIEW IT || DOWNLOAD IT


Ni, sebenarnya lisa buat ala kadar je. Tak macam yang blogskin pertama, tu Lisa buat secara terperinci. Yang ni, main capak jer KOT. *masih ada perkataan KOT di situ hahaha* Klah. hope you all semua suka~~ *style gedikss* Enjoy ok. Please make sure you drop a comment before guna. And jangan remove creadit tu. :) 

till then, xoxo
Assalamualaikum :)